selamat hari jadi abang din...

08:30 admin 0 Comments

SUNGAI BESI - 2 FEB 2017 merupakan hari jadi kepada mentor saya RAA Mahyudin ataupun abang din antara orang yang banyak membantu sehinggalah saya jadi sebagaimana sekarang ni..


Seorang yang sentiasa konsisten dalam membantu orang walau macam mana pun jenisnya dan sentiasa menerima kepelbagaian walaupun ia tidak menyenanginya...haha

kru produksi

Kami merancang untuk menyambut birthdaynya di suatu tempat yang kurang dijejaki oleh orang ramai iaitu di atas loteng. Apapun yang berlaku, cerita itu tidak akan dicoretkan di sini. Biarlah tinggal kenangan sahaja.


kru produksi 2

comel jer

barisan team produksi

posmotem dan sedikit taujihat
"Apabila seseorang itu dihujani oleh suasana yang negatif, ia cenderung untuk membentuknya ke arah itu, sehinggalah hilang kewarasan untuk berfikir, apa yang hak itu nampak batil, dan batil itu adalah hak, letakkanlah hak pada tempatnya. luaskan pemandangan kita. sesuatu perkara itu bermula dengan bersangka baik sehinggalah ia benar-benar terbukti salah. reason kenapa kita lakukan tentang sesuatu perkara adalah kerana ilmu bukan ikutan semata, you are what you eat"

0 comments:

memulakan penulisan..

10:33 admin 0 Comments

Bismillah...

Lama dah nak mula menulis dan ada blog sendiri sebagai satu platform yang khusus untuk menulis tentang  pengalaman dan perkongsian. Saya sejujurnya bukanlah penulis yang baik tapi sangat meminati penulisan disebabkan beberapa faktor.

Antaranya penulisan mempunyai kekuatan yang sangat hebat. Terdapat beberapa buah buku yang sangat penting dalam mempengaruhi perubahan dunia. Sebagai contoh Andrew Taylor telah mengumpulkan 50 buah buku yang sangat memberi impak yang besar dalam sejarah manusia


*untuk senarai buku klik di sini

Apa yang saya cuba fokuskan bukanlah mahu penulisan dalam blog ini mampu memberi impak kepada dunia sedangkan blogger yang sudah lama masih lagi mencari bagaimana penulisannya mampu dijadikan suatu "ledakan". Sebaliknya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak apa yang ada. Kita sedang belajar dan sentiasa belajar. Francis Fukuyama pon sebenarnya bermula dengan tulisan yang pendek kemudiannya diterima masyarakat.

Sebenarnya blog ini pon masih banyak kekurangan. Masih banyak lagi butang-butang dalam blog ni kosong sebab masih lagi dalam pembikinan. Untuk buat satu keputusan memilih template yang sesuai pon dah makan sebulan sebulan termasuklah belajar sendiri dan teknikal2 blog. Walaubagaimanapun, blog sudah ada. Alhamdulillah

*Cuma terfikir dan tidak jumpa lagi secara personal blogger2 yang dapat memberi inspirasi..


mohd zain mohd nawi
16/3/2016
petaling jaya








0 comments: