memulakan penulisan..

10:33 admin 0 Comments

Bismillah...

Lama dah nak mula menulis dan ada blog sendiri sebagai satu platform yang khusus untuk menulis tentang  pengalaman dan perkongsian. Saya sejujurnya bukanlah penulis yang baik tapi sangat meminati penulisan disebabkan beberapa faktor.

Antaranya penulisan mempunyai kekuatan yang sangat hebat. Terdapat beberapa buah buku yang sangat penting dalam mempengaruhi perubahan dunia. Sebagai contoh Andrew Taylor telah mengumpulkan 50 buah buku yang sangat memberi impak yang besar dalam sejarah manusia


*untuk senarai buku klik di sini

Apa yang saya cuba fokuskan bukanlah mahu penulisan dalam blog ini mampu memberi impak kepada dunia sedangkan blogger yang sudah lama masih lagi mencari bagaimana penulisannya mampu dijadikan suatu "ledakan". Sebaliknya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak apa yang ada. Kita sedang belajar dan sentiasa belajar. Francis Fukuyama pon sebenarnya bermula dengan tulisan yang pendek kemudiannya diterima masyarakat.

Sebenarnya blog ini pon masih banyak kekurangan. Masih banyak lagi butang-butang dalam blog ni kosong sebab masih lagi dalam pembikinan. Untuk buat satu keputusan memilih template yang sesuai pon dah makan sebulan sebulan termasuklah belajar sendiri dan teknikal2 blog. Walaubagaimanapun, blog sudah ada. Alhamdulillah

*Cuma terfikir dan tidak jumpa lagi secara personal blogger2 yang dapat memberi inspirasi..


mohd zain mohd nawi
16/3/2016
petaling jaya








You Might Also Like

0 comments: